Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomeDiagnostik Medix & Perkhidmatan Pencegahan

Diagnostik Medix & Perkhidmatan Pencegahan

Medix Diagnostik & Perkhidmatan Pencegahan adalah pendekatan baru yang menyediakan peluang yang unik untuk pencegahan dan diagnosis awal, jauh lebih awal sebelum sesuatu penyakit muncul. Perkhidmatan ini memberikan anda jaminan dan membenarkan anda mengurus kesihatan dan kesejahteraan anda secara proaktif.

 

Faktor genetik dan persekitaran yang berbeza memberi kesan terhadap risiko kesihatan seseorang. Setiap orang adalah unik dan memerlukan protokol penyaringan, pencegahan & rawatan perubatan yang berbeza - satu solusi tidak menepati untuk semua! Kemajuan besar dalam teknologi dan perubatan dapat mengesan dan merakam perbezaan antara setiap pesakit dan memahami profil risiko peribadi mereka, kecenderungan terhadap penyakit-penyakit tertentu, dan seterusnya, menyediakan bantuan untuk pencegahan dan mengoptimumkan ubatan dan rawatan.

 

Pengalaman bertahun Medix dalam menguruskan penjagaan pesakit dari pelbagai negara, latar belakang dan sistem penjagaan kesihatan, membantu kami dalam mengenali keperluan terhadap pendekatan holistik dan disuaikan, serta memberi kami keupayaan untuk menggunakannya bagi memberi penjagaan perubatan yang bersifat peribadi.

 

Perkhidmatan ini terbahagi kepada empat komponen, semuanya disesuaikan mengikut keperluan anda:

  1. Kaji selidik lengkap Penilaian Risiko Kesihatan berasaskan web

  2. Ujian Genetik Khusus (mudah diguna, ujian genetik tidak invasif)
  3. Ujian Novel Biomarker dan ujian saringan lebih bersifat peribadi (ujian darah)

  4. Pelan Pencegahan peribadi dan pemeriksaan susulan tahunan diketuai oleh Doktor Pencegah khas

 

Semuanya disediakan oleh pasukan pakar perubatan pelbagai disiplin bertaraf dunia, termasuk:

  • Doktor daripada semua pengkhususan yang relevan termasuk pakar-pakar pencegahan

  • Kaunselor Genetik

  • Jururawat

  • Pakar Diet

Dengan perkhidmatan ini, anda akan menerima ilmu dan alat bantuan untuk mengenal risiko peribadi anda dan mencegah perkembangan empat kondisi yang mempunyai kesan utama dalam kehidupan kita:

 

Pemprofilan Genetik adalah berasaskan analisis DNA daripada sampel tisu atau cecair badan. Berdasarkan kepada analisis genetik, kecenderungan untuk penyakit tertentu boleh dikenalpasti dan profil genetik dapat dibuat. Pemprofilan Genetik menjadikan Pemprofilan Risiko sangat peribadi dan sangat tepat, menawarkan akses kepada pelan pencegahan yang paling maju.

 

Ujian genetik dan saringan perubatan telah dibuktikan secara saintifik.

Kajian menunjukkan bahawa 10% daripada insiden kanser adalah disebabkan oleh mutasi genetik keturunan.Sebagai contoh, wanita dengan mutasi gen BRCA1 dan BRCA2 mempunyai risiko 5-kali lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan populasi umum yang lain.

 

Biomarker (penanda biologi) adalah satu penanda yang boleh diukur bagi keadaan biologi yang spesifik, khususnya berkaitan dengan risiko, kehadiran atau tahap sesuatu penyakit. Biomarker boleh digunakan secara klinikal untuk saringan, diagnosis atau memantau aktiviti sesuatu penyakit, dan untuk membimbing terapi sasaran secara molekular atau menilai respon terapeutik. Ukuran Biomarker adalah berdasarkan kepada ujian makmal pada sampel darah, cecair atau tisu.

 

Beberapa novel biomarker telah muncul dalam beberapa tahun ini sebagai peramal penyakit kardiovaskular yang serius (Jantung dan Saluran Darah), yang sebelum ini sukar untuk dikesan Salah satu daripada kemajuan ini ialah pembangunan ujian untuk protein C-reaktif bersensitiviti tinggi (hs-CRP). Kajian ekstensif menunjukkan bahawa penanda ini meramalkan risiko jangka panjang kardiovaskular pada seseorang individu tanpa bukti tradisional penyakit kardiovaskular. Pesakit dengan paras hs-CRP yang tinggi tanpa kehadiran kolesterol tinggi mendapat faedah pencegahan yang signifikan daripada terapi statin.

 

Memahami profil risiko dan mempunyai pasukan perubatan yang khas untuk membimbing anda, dapat memberi kemudahan untuk melaksanakan perubahan gaya hidup dan langkah susulan yang diperlukan. Dengan menguji latar belakang dan penanda bio genetik, kami boleh membantu anda merancang dan mengelakkan keadaan perubatan ini.

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok