Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomeMedix ONE

Medix ONE

Medix ONE, menyediakan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang lengkap untuk mereka yang mahukan penjagaan kesihatan terbaik di dunia yang dapat ditawarkan kepada keluarga mereka. Ini termasuk solusi dan pencegahan perubatan termaju dan berkualiti,  di dalam dan luar negara, pengurusan yang lancar dan bersesuaian dengan keperluan peribadi anda.

 

Kesihatan yang baik ialah harta yang paling berharga yang harus dilindungi. Di Medix ONE, kesihatan anda adalah keutamaan kami, perkara terpenting dalam kehidupan!

 

Ia boleh terjadi tanpa amaran. Dalam sesaat, dunia anda boleh berubah secara tiba-tiba dan anda mendapati diri anda bersusah payah mengatasi perkara yang tidak pasti mengenai kesihatan dan masa depan anda.

 

Medix ONE memahami bahawa membuat pilihan perubatan terbaik, berjumpa dengan pakar terbaik di hospital yang terbaik untuk satu masalah kesihatan yang spesifik adalah  urusan yang kompleks. Tambahan lagi, perancangan dan pengurusan yang diperlukan memakan masa dan kadangkala mengelirukan.

 

Medix ONE mempunyai segala jawapan penjagaan kesihatan, sebelum anda bertanya sebarang soalan

 

Apakah maksud sebenar diagnosis saya? Adakah diagnosis ini tepat dan sudahkah semua ujian yang diperlukan dibuat? Apakah rawatan yang tepat untuk saya dan di manakah saya boleh menerimanya? Adakah terdapat sebarang rawatan baru?

Siapakah pakar terbaik untuk merawat saya? Patutkah saya mendapat konsultasi daripada doktor terkemuka atau pusat perubatan luar negara? Adakah lebih baik menjalani rawatan swasta atau melalui perkhidmatan kesihatan awam? Bagaimana perlu saya bersedia untuk kemasukan ke hospital dan/atau pembedahan? Bagaimana harus saya menangani masalah perubatan semasa dan selepas rawatan di hospital? Adakah saya benar-benar menerima rawatan yang terbaik? Pembekal kesihatan tidak selalunya boleh membantu dengan soalan-soalan dan keputusan syang menjadi bahagian penting bagi menangani satu keadaan perubatan yang rumit.

 

Ianya agak mustahil untuk memutuskan siapa yang harus dipercayai di antara semua saranan, nasihat dan pandangan yang bercanggah. Melawan penyakit yang serius ialah satu perkara besar dan sangat penting yang tidak anda jangkakan.

 

Medix ONE juga membimbing anda untuk kesihatan yang optimum dan menyediakan motivasi berterusan untuk mengekalkannya

 

Dan bagaimanakah mencegahkan situasi perubatan yang sukar ini?

Bagaimana perlu saya mencegah atau memastikan saya boleh mendiagnosis sebarang masalah kesihatan serius semasa ia berada di tahap awal agar ia dapat dipulih sepenuhnya?

 

Ketika inilah Medix ONE diperlukan: gabungan pelbagai perkhidmatan unik dari perkhidmatan pencegahan melalui Pengurusan Penjagaan Perubatan Peribadi, hingga ke bantuan sepanjang proses keseluruhan - memastikan diagnosis yang tepat dicapai, pilihan rawatan terbaik dipilih dan dilaksanakan oleh doktor terbaik; memberi anda keupayaan untuk mengawal  dengan cara yang paling berkesan.

Malah, Medix ONE mengurangkan stres dan kebimbangan mengenai pengurusan penjagaan kesihatan lebih awal, sebelum anda memerlukan rawatan perubatan.

 

Profesional berkemahiran tinggi menjaga masa depan perubatan anda secara proaktif

 

Pembantu Perubatan Peribadi (PMA)

Pembantu Perubatan Peribadi anda tersedia untuk menjaga semua logistik penjagaan kesihatan, memimpin setiap langkah; dari pengurusan kesihatan semasa, juga keperluan perubatan kesihatan segera

 

Penyelaras Jururawat Peribadi

Penyelaras Jururawat Peribadi anda bersedia untuk menjawab sebarang/segala soalan perubatan.

 

Pakar Pencegahan Peribadi

Pakar Pencegahan Peribadi anda akan bekerjasama untuk menjelaskan  Pelan Pencegahan Penyakit mengikut Profil Risiko Kesihatan spesifik anda.

 

Doktor Pengurusan Kes Perubatan Peribadi

Doktor Pengurusan Kes Perubatan Peribadi anda akan berkhidmat sebagai penghubung di antara doktor yang merawat anda dengan 300 doktor dalaman Medix dan lebih dari 4,000 pakar perubatan terkemuka di dunia dengan pengalaman diakreditasi kualiti. Doktor Pengurusan Kes Perubatan Peribadi anda akan sentiasa dapat dihubungi untuk menyemak sebarang diagnosis atau saranan rawatan yang menjamin anda akan mendapat diagnosis yang tepat dan rawatan terbaik yang mungkin.

 

Kami beroperasi 24/7, dalam 30 bahasa, dengan ibupejabat dan cawangan pejabat merentasi Eropah, Asia dan Amerika Syarikat

 

Akses kepada 300 orang doktor dalaman Medix

 

Akses kepada lebih dari 4,000 pakar dengan akreditasi berkualiti dan 2,000 hospital Medix

 

Perkhidmatan Medix ONE adalah maju dan komprehensif kerana mereka prihatin.

Perkhidmatan Diagnosis & Pencegahan Medix

Pakej Diagnosis & Pencegahan Medix adalah satu pendekatan baru, dimana ia menyediakan peluang unik untuk mencegah dan mendiagnosis lebih awal sebelum sebarang penyakit muncul. Dengan itu menyediakan anda dengan jaminan dan membolehkan anda mengurus kesihatan dan kesejahteraan anda secara proaktif.

Sokongan Perubatan Berterusan

Pasukan Medix tersedia untuk anda, menjaga semua logistik penjagaan kesihatan, memimpin setiap langkah; bermula daripada pengurusan kesihatan semasa serta keperluan perubatan kesihatan segera. 

Pengurusan Kes Perubatan Global Peribadi - pilihan

Pasukan profesional Medix akan membantu anda menjawab segala persoalan, kesukaran dan keraguan. Profesional berkelayakan kami, komited hanya untuk kepentingan anda, akan mendalami dan mengambil langkah yang objektif bagi kes anda. Pasukan anda akan menyediakan anda dengan maklumat komprehensif, terkini dan boleh dipercayai mengenai rawatan perubatan yang tersedia daripada pakar terbaik di dunia. Mereka akan menasihati anda dalam memilih rawatan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Medix akan sentiasa berada di sisi anda di sepanjang perjalanan, menyokong dan membantu anda dalam proses membuat keputusan, menyediakan penyelidikan dan memberikan pandangan perubatan, merujuk anda ke pakar terkemuka dalam bidang perubatan yang relevan, serta mengurus dan memantau kualiti penjagaan anda. Semua ini adalah bagi memastikan anda menerima perkhidmatan perubatan sebaik yang mungkin.

Perkhidmatan Penjaga Perubatan Peribadi

Medix menyediakan satu Perkhidmatan Penjaga Perubatan Peribadi yang unik dan komprehensif di dalam dan luar negara (harga berasingan), dengan tujuan mengurangkan beban logistik daripada ahli yang memerlukan penjagaan berkualiti.

 

Medix ONE mengurangkan tekanan dan kebimbangan mengenai pengurusan penjagaan kesihatan lebih awal, sebelum anda memerlukan rawatan perubatan.

 

Medix ONE adalah satu kelab perkhidmatan eksklusif, dengan jemputan sahaja, dari Kumpulan Medix.

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok