Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomeSolusi Pengurusan Kesihatan Digital

Solusi Pengurusan Kesihatan Digital

Sepanjang masa, di dalam dunia rawatan perubatan, Medix menyediakan satu set pengurusan penyelesaian kesihatan digital yang unik bagi memastikan aksesibiliti dan pelaksanaan penjagaan perubatan yang berkualiti.

 

 

 

 

Lokasi Pakar-pakar

Medix membantu anda dalam memilih pakar terbaik, menggunakan rangkaian proprietari dengan lebih dari 4,000 pakar terkemuka dan 2,000 pusat perubatan yang berakreditasi kualiti. Rangkaian semasa kami disokong oleh jabatan penyelidikan dalaman yang menjalankan carian dan permintaan spesifik bagi keperluan perubatan peribadi anda. Dengan mempunyai akses kepada maklumat ini dapat memastikan anda dirawat oleh pakar yang paling sesuai untuk masalah anda, di mana sahaja anda berada. Dalam keadaan tertentu kami mungkin menyarankan anda untuk pergi ke bandar atau negara lain untuk rawatan yang berkualiti, jika rawatan berkenaan tidak tersedia di kawasan tempat tingggal anda.

 

Perkhidmatan Rujukan Pakar

Perkhidmatan Rujukan Pakar Medix menilai masalah kesihatan anda sepenuhnya, di mana  anda akan disediakan dengan surat rujukan terperinci untuk pakar yang paling sesuai bagi keadaan anda. Surat ini akan mengandungi maklumat perubatan anda dan keperluan pakar tersebut. Perkhidmatan ini membolehkan anda berjumpa terus dengan seorang pakar tanpa perlu melalui doktor yang merawat anda, memberikan anda akses yang lebih cepat kepada penjagaan perubatan yang berkualiti.

 

Perkhidmatan Tele - Rehabilitasi

Dengan menggunakan platform unik Medix, pakar terapi dan pesakit dapat berhubung, menilai, merancang, melaksana dan memantau perkembangan program rehabilitasi peribadi mereka. Antara mukanya adalah mesra pengguna, memaparkan maklumbalas, yang menggabungkan jejak masa nyata untuk memastikan senaman dibuat dengan betul. Bergantung kepada sebarang komputer, telefon pintar, TV pintar atau peranti Kinect, sistem berasaskan web ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja, membolehkan pesakit melakukan senaman mengikut keselesaan mereka sambil memaksimumkan keberkesanan pelan rawatan mereka.

 

Pengurusan Kesakitan dan Konsultasi Polifarmasi

Jika anda dirawat dengan pelbagai ubatan, anda boleh berunding secara jarak jauh dengan doktor dan ahli farmasi Medix. Memperolehi ulasan farmaseutikal akan memastikan anda tidak mengalami interaksi ubatan yang buruk dan anda menerima rawatan tersedia yang optimum. Tambahan lagi, anda mempunyai akses kepada pakar kesakitan kami bagi menyesuaikan  dan mengoptimumkan skim pengurusan kesakitan secara berterusan.

 

Sokongan Penjagaan Kanser

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda perlu menjalani rawatan onkologi, Pasukan Sokongan Penjagaan Kanser tersedia 24/7 untuk membantu dan menyokong anda. Pasukan Medix terdiri daripada jururawat onkologi, pakar onkologi dan psikologi, yang boleh membantu anda menangani simptom dan kejadian buruk berkaitan rawatan anda. Mereka boleh menasihati anda mengenai kesan sampingan, membantu anda menyesuaikan skim pengurusan kesakitan dan menyokong anda secara emosional semasa detik-detik mencabar dalam kehidupan ini.

 

Sokongan Tele-Emosi

Sokongan Tele-Emosi Medix adalah satu perkhidmatan komprehensif yang dibuat untuk menangani segala aspek emosi ketika berhadapan dengan masalah kesihatan. Pasukan Medix terdiri dari ahli psikiatri, ahli psikologi dan pekerja kes, yang mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang perubatan dan psikologi. Mempunyai pasukan khas yang sentiasa berada di sisi akan memimpin dan memberi kuasa kepada anda, membantu anda dan keluarga mencari kekuatan diri yang diperlukan untuk mengatasi masalah kesihatan yang serius.

 

Teleperubatan - Jururawat dan Pakar Konsultasi di samping Anda

Perkhidmatan ini menyediakan akses segera dan secara langsung kepada jururawat atau doktor untuk segala nasihat bagi masalah perubatan, memberikan sokongan penting dalam penjagaan utama anda. Pasukan perubatan Medix boleh dihubungi melalui telefon, chat atau sidang video atas talian dan bersedia memberi nasihat bagi sebarang masalah perubatan bukan kecemasan yang mungkin anda alami. Melalui Medix, anda dihubungkan dengan pakar terkemuka di mana sahaja anda berada.

 

Bantuan Selepas Bersalin

Sekiranya anda baru sahaja menjadi ibubapa, pakar Pediatrik dan jururawat Laktasi Medix akan membantu anda dalam semua aspek penjagaan selepas bersalin. Panduan diberikan untuk topik seperti nutrisi, posisi tidur dan nasihat segera mengenai keperluan untuk mendapatkan penjagaan perubatan yang lebih lanjut.

 

Perkhidmatan Tele-Dermatologi

Medix menyediakan Perkhidmatan Tele-Dermatologi yang komprehensif, membolehkan anda mendapat pakar dermatologi dari lokasi jauh di seluruh dunia. Selepas memindahkan imej kulit lesi yang disyaki ke Medix, pakar terkemuka memeriksa kulit lesi yang dirujuk dalam masa yang singkat. Proses ini membolehkan anda memintas doctor anda dan memendekkan masa menunggu untuk berjumpa seorang pakar. Keadaan dermatologi boleh bermula daripada sedikit ruam berpotensi hingga ke lesi malignan. Pakar Medix membolehkan anda mendapat maklumat dengan cepat mengenai keadaan anda, memimpin anda untuk sebarang penilaian atau rawatan yang diperlukan.

 

Rekod Perubatan Elektronik Berasaskan Web

Medix menguruskan satu sistem rekod perubatan elektronik proprietari secara atas talian. Dengan menggunakan sistem ini, semua maklumat perubatan anda dikategorikan dan disimpan dengan teratur, membolehkan rekod perubatan diakses dengan lebih efisien dan cepat apabila anda memerlukannya. Perkhidmatan ini sangat berharga jika anda tinggal di luar negara kerana ia membolehkan anda mengakses semua rekod perubatan  pada bila-bila masa tak kira di mana anda mendapat rawatan.

 

Ringkasan Dokumen Perubatan

Medix akan meringkaskan dokumen perubatan anda daripada pelbagai bahasa dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris. Pasukan kami akan menyediakan ringkasan perubatan untuk kegunaan anda sendiri atau untuk kegunaan doktor yang merawat anda. Proses ini akan dilakukan oleh doktor yang bertauliah, pakar dalam bidang berkenaan untuk memastikan ia dilakukan dengan cepat dan tepat. Ini akan membantu anda dalam menguruskan keperluan perubatan  semasa dalam perjalanan, ketika berjumpa pakar baru yang tidak biasa dengan kes perubatan anda atau semasa berpindah ke lokasi kerja yang baru. Koordinasi yang lancar bagi keperluan perubatan anda dan keluarga adalah penting untuk memastikan penjagaan yang optimum.

 

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok