Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomePerkhidmatan Penjagaan Kesihatan Mobiliti Tinggi

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Mobiliti Tinggi

Ketika kita hidup dalam dunia yang mempunyai aliran perkhidmatan, produk, modal dan tenaga kerja yang semakin meningkat, penjagaan kesihatan adalah satu sektor yang kami lihat mempunyai ketidaksamaan yang ketara di antara kawasan dan negara yang berbeza. Apabila menghantar seorang pekerja dan tanggungannya untuk satu tugasan di luar negara, adalah penting untuk menyediakan persediaan dan maklumat yang mencukupi untuk sebarang keperluan kesihatan yang mungkin timbul semasa itu dan akan datang.

 

Penilaian status semasa, faktor risiko dan menyediakan pekerja untuk tugasan luar negara adalah tanggungjawab majikan yang prihatin dan bertanggungjawab, malah dapat membantu mengurangkan kos jangka pendek dan panjang serta mengelakkan situasi yang boleh memberi impak negatif kepada perniagaan.

 

Perkhidmatan-perkhidmatan berikut menunjukkan satu pendekatan menyeluruh untuk memberi kuasa kepada pekerja dan menyediakan mereka dengan bantuan yang diperlukan bagi mengurus kesihatan mereka dalam suasana baru, sementara dapat memberi pemahaman berharga kepada majikan.

 

Saringan Penjagaan Kesihatan Pra-Tugasan

Kebanyakan keadaan berkaitan kesihatan dan penyakit mungkin telah wujud sebelum ini atau boleh dikesan awal dan dalam beberapa kes, dapat dicegah. Memastikan saringan yang betul dan telus tentang status kesihatan semasa pekerja adalah penting untuk mengelak komplikasi kesihatan, pemindahan perubatan dan perbelanjaan yang tidak perlu di masa akan datang. Tambahan lagi, penilaian itu juga akan memberi pemahaman dan kemudian dapat memberi panduan untuk mengurus sebarang keadaan kronik sedia ada secara betul.

 

Protokol Saringan Penjagaan Kesihatan Pra-Tugasan Medix termasuk lima langkah mudah yang boleh diakses dan memberikan maklumat bagi pekerja, tanggungannya dan majikan untuk diambil tindakan:

  1. Semakan sejarah perubatan
  2. Penilaian Risiko Kesihatan Digital untuk menyemak pelbagai faktor dan status kesihatan
  3. Sidang video atau panggilan telefon bersama seorang Doktor Medix
  4. Rujukan kepada ujian saringan dan  diagnostik yang relevan
  5. Ringkasan laporan untuk kedua-dua majikan dan pekerja

 

Orientasi

Protokol Orientasi Medix mengambil kira status kesihatan individu dan menyediakan maklumat terperinci mengenai pembekal dan pusat perubatan yang relevan di kawasan mereka.

Ini termasuk:

  1. Salinan digital profil penjagaan kesihatan negara dengan pembekal yang relevan dan maklumat untuk dihubungi

  2. Semakan sejarah perubatan atau laporan Saringan Penjagaan Kesihatan Pra-Tugasan

  3. Panggilan orientasi/sidang video bersama Doktor atau Jururawat perubatan Medix


Program Penjagaan Kanser

Program Penjagaan Kanser Global Medix menyokong para pekerja yang mengalami keadaan onkologi untuk melalui dan membuat keputusan perubatan yang optimum sepanjang perjalanan perubatan mereka. Doktor dan Jururawat Onkologi khusus akan dilantik untuk setiap pesakit.

Perkhidmatan ini termasuk:

  1. Pelantikan pasukan perubatan khusus dan kemasukan awal (melalui telefon dan sidang video)

  2. Penilaian semula masalah kesihatan dan diagnosis yang lengkap

  3. Penilaian semula siri rawatan yang disarankan mengikuti nasihat peribadi dari pakar terkemuka dalam sub-kepakaran yang relevan.Sekiranya tiada saranan yang telah diberikan, Medix akan menasihat dan mencadangkan satu protokol rawatan yang optimum

  4. Sepanjang proses ini, Medix memastikan perancangan rawatan optimum, koordinasi, perlaksanaan dan pemantauan berterusan bagi penjagaan perubatan yang sebaik mungkin di mana sahaja di dunia

  5. Sokongan emosi dan kaunseling sepanjang tempoh perkhidmatan

  6. Sokongan diet untuk mengelak komplikasi dan mengurus kesan sampingan secara optimum

 

 

Minima enam bulan untuk setiap tempoh perkhidmatan

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok