Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomePengurusan KesMengapa Memilih Medix?

Mengapa Memilih Medix?

Mengapa Memilih Medix?

Dalam soal kesihatan anda, anda harus mengelak dari mengambil sebarang risiko. Dengan Medix, kesihatan anda menjadi keutamaan dan kami akan bekerja bagi pihak anda untuk memastikan bahawa anda mendapat penjagaan kesihatan yang terbaik

Melalui pengalaman klinikal selama bertahun-tahun, Medix telah membuktikan kepakarannya dalam dunia perubatan dengan memperolehi pelbagai kemahiran dan aset yang berharga. Medix menggunakan alat-alat ini, seperti analisis mendalam mengenai sistem kesihatan dan pangkalan data pakar perubatan terkemuka untuk memastikan bahawa pelanggan kami mendapat akses yang terbaik,berdasarkan bukti.

 

Sepuluh sebab mengapa anda harus memilih Medix:

  1. Pakar Bertauliah yang Diiktiraf - Pakar perunding kami telah dipilih dengan teliti dengan menerapkan piawaian dan kriteria kemasukan yang ketat yang mencerminkan kepakaran perubatan dan kemahiran interpersonal. Pangkalan data Medix di seluruh dunia berdasarkan hanya kepada parameter professional, kualiti, dan pengalaman klinikal terkumpul. Hubungan peribadi dan kepentingan komersial tidak digunakan, menjadikan perubatan yang berkualiti sebagai penanda aras tunggal untuk dipertimbangkan. 
  2. Hubungan Global yang Meluas - Medix mengekalkan hubungan profesional yang berterusan dengan lebih daripada 4,000 pakar terkemuka dan lebih dari 2,000 kemudahan perubatan yang unggul,di seluruh dunia.
  3. Sentiasa yang Terkini - Jabatan Penyelidikan Medix sentiasa mengikuti perkembangan perubatan terkini, bekerjasama dengan pakar terkemuka, hospital dan mengikuti perkembangan ujian klinikal.
  4. Penyeliaan Dalaman - Saranan yang dikeluarkan oleh pakar perundingan Medix bukanlah hasil daripada pendapat hanya seorang doktor atau konsultasi tunggal. Setiap kes dibincangkan secara berkala dan tepat pada masanya oleh pasukan perubatan pelbagai disiplin yang terdiri daripada pakar dari pelbagai bidang, yang bekerjasama secara kohesif untuk mencapai kesimpulan yang baik dari segi perubatan. Untuk pengukuhan, keseluruhan proses dipantau secara dalaman oleh Pengarah Perubatan yang berpengalaman dalam jaminan kualiti klinikal.
  5. Keberanian - Medix mempunyai keberanian untuk membuat keputusan yang sukar, memberikan cadangan yang kukuh dan memperjuangkan hanya yang terbaik untuk anda.
  6. Pengawasan Tetap - Perkhidmatan kami adalah lebih daripada sekadar pendapat kedua. Medix terus memantau dan mengawasi pelaksanaan rawatan oleh doktor yang merawat anda dan dengan izin anda, pasukan dan pakar perundingan Medix tetap berhubung dengan doktor yang merawat anda untuk membincangkan perkembangan dan p serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perawatan tersebut.
  7. Keperibadian - Tidak ada dua kes yang serupa, itulah sebabnya mengapa kami melihat setiap keadaan pelanggan dan keadaan perubatannya sebagai satu kes unik. Sikap ini mengatur cara kami melihat kes tersebut, serta interaksi peribadi kami dengan pelanggan.
  8. Ketersediaan – Pusat Sokongan Pelanggan Medix sentiasa bersedia untuk anda pada bila-bila masa.
  9. Objektiviti - Pendapat dan cadangan perubatan yang dikeluarkan oleh pakar perundingan Medix hanya didorong oleh pengalaman dan kepakaran klinikal mereka, yang bebas daripada pengaruh luaran dan kepentingan komersial. Doktor kami tidak mengutamakan hospital atau kaedah rawatan tertentu dan sentiasa berdedikasi untuk mempromosikan kepentingan kesihatan pelanggan kami.
  10. Hasil - Kadar kejayaan Medix membuktikan bahawa kami dapat membuat perbezaan yang signifikan dalam kehidupan pelanggan kami: dengan melihat angka global kami, 20% daripada kes telah mengalami Perubahan Diagnosis, dalam 43% kes yang kami lihat, pelan rawatan pelanggan dioptimumkan dan disesuaikan - dan dalam 55% kes pula, kami membantu Pelanggan untuk mengelakkan prosedur, pengimejan dan ujian diagnostik invasive yang tidak diperlukan.
Mengapa saya perlu seorang Pengurus Kes Perubatan? >

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok