Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomePengurusan KesApakah itu Pengurusan Kes Perubatan Peribadi?

Apakah itu Pengurusan Kes Perubatan Peribadi?

Apakah itu Pengurusan Kes Perubatan Peribadi?

Pengurusan Kes Perubatan Peribadi termasuk: penyemakan diagnosis, rujukan untuk ujian diagnostik tambahan, akses kepada pakar terkemuka dunia, cadangan rawatan dan penyeliaan perlaksanaan, di samping menyediakan perubatan sokongan berterusan untuk tempoh minima tiga bulan.

Pesakit yang telah didiagnosis dengan masalah kesihatan yang serius diberikan maklumat, cadangan rawatan, pandangan-pandangan berbeza dan pendekatan yang pelbagai.Pasukan profesional Medix akan membantu anda menjawab pelbagai persoalan,  kesukaran dan keraguan.


Profesional perubatan bertauliah kami komited untuk melakukan yang terbaik untuk anda, melihat secara mendalam dan objektif terhadap kes perubatan dan akan membantu memastikan anda memilih dan melaksanakan penjagaan perubatan yang terbaik.

 

Pelanggan Medix mempunyai akses kepada pasukan perubatan yang berdedikasi dari pelbagai bidang, diketuai oleh konsultan pakar terkemuka. Doktor-doktor ini adalah pakar perubatan kanan yang terkenal dalam bidang masing-masing, yang dipilih berdasarkan profesionalisme dan etika layanan pesakit.

 

Pasukan kami juga termasuk jururawat, penyelaras dan satu pusat perkhidmatan pelanggan yang tersedia 24/7. Pelanggan kami menerima manfaat dari pangkalan data global pakar-pakar terkemuka dan pusat perubatan cemerlang Medix

 

Bagaimana Pengurusan Kes Perubatan berbeza daripada perkhidmatan pendapat kedua?

Nasihat yang diberikan dalam rangka kerja perkhidmatan pandangan kedua hanya sekali dan berkaitan dengan keadaan ketika itu sahaja. Selepas menerima pendapat, sebarang keputusan berkaitan siri rawatan yang diinginkan adalah terpulang kepada pesakit. Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Medix adalah satu perkhidmatan berterusan yang menyediakan penilaian dan maklumbalas berterusan berkaitan keadaan semasa pesakit dan proses membuat keputusan, di samping penyeliaan dan bantuan dari diagnosis sehingga ke pemulihan.

 

Apakah yang terkandung dalam perkhidmatan ini?

Selepas perhubungan awal dan Borang Kebenaran Medix & Pengecualian Kerahsiaan Perubatan ditandatangani, satu pasukan perubatan peribadi khas akan dilantik untuk pesakit  yang terdiri daripada seorang Pakar  Pengurus Kes Senior dan Jururawat Penyelaras Perubatan.

 

Pasukan ini akan membantu dalam mendapatkan semua maklumat perubatan yang relevan seperti keputusan makmal, imbasan, laporan  dan ringkasan konsultasi.

Semua maklumat ini akan disemak dan jika perlu, pesakit boleh dirujuk untuk menjalani ujian selanjutnya.

 

Kemudian, kes akan dibincangkan oleh beberapa orang pakar terkemuka dalam bidang perubatan yang relevan. Selepas perbincangan pelbagai disiplin, pelan yang disyorkan bagi siri rawatan terbaik akan diberikan.

 

Pada ketika ini, adalah menjadi tanggungjawab Pengurus Kes Perubatan untuk menyampaikan semua maklumat mengenai diagnosis, kebarangkalian rawatan alternatif dan cadangan-cadangan dalam cara yang mudah difahami namun ringkas dan padat. Selepas berbincang mengenai pelan rawatan dan membuat keputusan-keputusan yang diperlukan bersama pesakit, pesakit akan dirujuk ke pakar terkemuka untuk perlaksanaan rawatan yang dipilih.

Pengurusan Kes vs. Pendapat Kedua >

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok