Apakah Perbezaan di Antara Pengurusan Kes Perubatan dan Perkhidmatan Pendapat Kedua?
Konsultasi pendapat kedua ialah pertemuan bertulis satu kali antara seorang pakar dan seorang pesakit.Servis perubatan pelbagai disiplin yang berpusat bagi pesakit Medix adalah proses dinamik dan berterusan. Tetapi bukan itu sahaja yang berbeza…
Penyakit adalah satu situasi paling menakutkan yang boleh dialami oleh seseorang, khususnya jika keadaan yang dikenalpasti jarang ditemui dan prognosisnya adalah samar-samar. Dalam zaman pengetahuan atas talian, kebanyakan orang segera memeriksa simptom dan diagnosis secara atas talian, mendapatkan nasihat lanjut dan pendapat kedua.
Tetapi, apabila pesakit memilih untuk mendapatkan pendapat kedua, mereka menerima satu nasihat bertulis, dan bukannya penjagaan yang bersesuaian secara peribadi dan berterusan.Susulan dari pendapat kedua, pesakit sering dibiarkan dengan persoalan dan keliru dengan keputusan yang perlu dibuat tentang pilihan rawatan, juga lokasi di mana rawatan akan dilakukan.
Pengurusan Kes Perubatan tidak pernah meninggalkan pesakit keseorangan.
Perkhidmatan ini sentiasa menemani pesakit; daripada peringkat diagnosis sehingga ke proses rawatan, samada di hospital mahupun di rumah. Jadual di bawah menjelaskan beberapa perbezaan di antara dua jenis perkhidmatan ini.
|
Pendapat Kedua
|
Pengurusan Kes Perubatan Medix
|
Tempoh Perkhidmatan
|
Sekali sahaja; berkaitan dengan titik khusus pada keadaan perubatan yang dinamik yang memerlukan penilaian berterusan
|
Penjagaan peribadi berterusan, termasuk semakan, penilaian, nasihat dan rujukan kepada pakar
|
Tahap Perkhidmatan
|
Satu Konsultasi = Satu Pendapat
|
Setiap kes melalui beberapa konsultasi bersama pakar terkemuka dari seluruh dunia
|
Penyelarasan dan Pengawasan
|
Tiada
|
Penyelarasan dan pengawasan rawatan, termasuk menghubungi doktor yang merawat dan/atau kemudahan perubatan jika perlu
|
Rujukan
|
Tiada
|
Rujukan ke pakar terbaik dan hospital terkemuka dalam bidang perubatan yang relevan
|
Sokongan
|
Tiada
|
Pusat Panggilan tersedia 24x7 untuk sokongan dan nasihat perubatan.
Talian terus ke pengurus kes dan penyelaras perubatan
|
Pengawasan Perubatan
|
Tiada
|
Pengurusan Kes Medix membantu mengelak ujian yang tidak perlu atau kesilapan dalam prosedur
|