Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomeTentang MedixProfil Kumpulan

Profil Kumpulan

 

Ditubuhkan pada tahun 2006, Medix adalah pembekal solusi pengurusan perubatan global terkemuka yang inovatif dan berkualiti tinggi.

 

Dengan ibu pejabat serantau di London, Hong Kong, Shanghai, Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Melbourne, Singapura dan Tel Aviv; pangkalan pelanggan Medix telah melebihi 4 juta ahli, merangkumi lebih daripada 90 negara.

 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Medix kepada pelanggannya, terutamanya syarikat insurans kesihatan dan nyawa bertaraf global, kumpulan kewangan,korporat besar dan institusi kerajaan, adalah nilai tambah yang signifikan dalam bidang penjagaan kesihatan. Ini membantu mereka mengubah pendekatan mereka daripada hanya pembayar kesihatan kepada pemain yang benar-benar melibatkan diri dalam bidang kesihatan.

 

Solusi pengurusan perubatan Medix sentiasa membawa tanggungjawab sosial dan memberi manfaat kewangan kepada pelanggan kami, termasuklah:

 

  • Kemudahan akses kepada penjagaan perubatan berkualiti

  • Hasil klinikal yang terbukti lebih baik

  • Mengurangkan jurang ketidaksamaan Lengkungan Penjagaan

  • Globalisasi pengetahuan dan pakar perubatan

  • Mengukuhkan lanskap penjagaan kesihatan tempatan

  • Pengawalan inflasi kos perubatan

  • Mengekalkan insurans perubatan peribadi yang mampu milik, mudah didapati, mampan dan menguntungkan

 

Pasukan Medix terdiri daripada 300 doktor dalaman di samping jururawat, pentadbir perubatan, pasukan penyelidik dan satu rangkaian global berakreditasi kualiti  dengan lebih daripada 4,000 orang pakar dan 2,000 buah hospital terkemuka.

 

Perkhidmatan Medix termasuk:

 

  • Pengurusan Kes Perubatan Peribadi

  • Perkhidmatan Pengurusan Pencegahan Penyakit

  • Pembantu Perubatan

  • Solusi Kesihatan Digital
  • Perkhidmatan bagi Pekerja Mobiliti Tinggi

  • Konsultasi Strategi Klinikal

  • Pengurusan Tuntutan Perubatan

  • Perkhimatan Tadbir Urus Perubatan

 

Medix bangga untuk berkongsi bahawa kami menyediakan pelanggan dan pesakit kami dengan hasil perubatan yang terbukti lebih baik sementara dapat mengawal inflasi kos perubatan: pada purata tahunan, Medix telah mengubah diagnosis awal sebanyak 20%  kes dan menambahbaik rawatan sebanyak 43% kes; dengan berbuat demikian, Medix telah memberikan penyelesaian pantas kepada diagnosis yang betul dan laluan rawatan yang optimum kepada pelanggan.

 

Dengan pandangan bahawa kesihatan digital akan terus memberi impak dan memberi kelainan bagaimana penjagaan kesihatan disedia dan digunakan, Medix Group mengambil keputusan untuk melancarkan Venture Capital Fund, Medix Ventures yang bertujuan untuk membuat inovasi dan memanfaatkan peluang dalam industri kesihatan digital.

 

Percaya bahawa penjagaan perubatan yang mudah diakses, berkualiti dan mampan adalah salah satu komponen hak sosial yang paling penting, Medix amat bersungguh dengan isu-isu ini dan dedikasi terhadap aktiviti-aktiviti yang berkenan di peringkat global.


  

 

 

Perkhidmatan Medix >

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok