Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
Mula Perkhidmatan
HomeTentang MedixKehadiran Global

Kehadiran Global

Kehadiran Global

Medix menyediakan perkhidmatannya dalam 30 bahasa berbeza, kepada pelanggan melebihi 90 buah negara di seluruh dunia. Kehadiran global kami memainkan peranan penting dalam keupayaan kami untuk memastikan pesakit dapat mengakses penjagaan  perubatan terbaik. Kehadiran ini ditunjukkan dalam dua cara:

 

Kedudukan Antarabangsa

 

Medix mempunyai pejabat di London, Tel-Aviv, Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Melbourne,  Shanghai dan Singapura dan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit melebihi 90 buah negara.

 

Pangkalan Data Global Antarabangsa

 

Jabatan penyelidikan Medix membina pangkalan data global masa nyata, ekstensif, berkualiti, dengan mengikuti pakar-pakar terkemuka di dunia, hospital yang disarankan, kemudahan-kemudahan perubatan terkemuka dan ujian klinikal. Pangkalan data ini mematuhi kriteria kemasukan yang ketat dan sistem pemarkahan individu.

 

Pengalaman klinikal bertahun-tahun dan  pasukan pakar membolehkan Medix untuk membuat analisis mendalam tentang sistem penjagaan kesihatan di beberapa negara berbeza dan mengekalkan pangkalan data antarabangsa pakar-pakar terkenal dan pusat-pusat rawatan tahap pertama.

 

Pangkalan data Medix yang meluas ini termasuk:

 
 Melebihi 4,000 pakar terkenal di pelbagai negara, dikategorikan mengikut lokasi dan sub-kepakaran mereka.
 
 Melebihi 2,000 Hospital dan pusat perubatan cemerlang, kesemuanya mengetuai pembelajaran dan penyelidikan perubatan dalam bidang masing-masing.
 

Maklumat dan saranan-saranan yang dikeluarkan oleh pasukan Medix adalah objektif sepenuhnya dan disokong berasaskan bukti perubatan. Pangkalan data kami terdiri daripada hubungan profesional semata-mata tanpa melibatkan kepentingan komersial.

Visi & Nilai-nilai >

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan polisi ‘cookie’ kami, dan tanpa pengandaian, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan ‘cookie’ pada peranti anda. Anda boleh mengubahsuai ketetapan ‘cookie’ tersebut pada bila-bila masa, tetapi sila ambil maklum se-setengah kandungan web mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Ok